Senyuman,
Kau jalani hari kau dengan senyuman…Aku bangga dengan kau…Kesedihan
tidak pernah kau tunjuk…Air mata kau ibarat mutiara yang sangat berharga untuk
kau bukan… Kau tidak akan membazirkan mutiara kau hanya kerana insan yang tidak
pernah menghargai kau kan… Tabahnya kau harungi semua ini tanpa mengharapkan
sesiapa membantu kau… Kalau aku di tempat kau mungkin aku tidak mampu… Kadangkala aku ingin menjadi seperti kau…
Kau masih menunggu orang yang tinggalkan kau… Kau berharap
dirinya kembali pada kau dalam masa terdekat… Kau masih setia menanti dirinya
yang pernah bertakhta di hati kau sebelum ini… Kau langsung tidak pernah untuk
memikirkan cari pengganti… Perkataan pengganti selepas dia pergi dalam hidup
kau aku tidak pernah langsung dengar… Yang aku dengar kau akan setia menanti
dirinya… Mengapa kau tunggu dirinya??? Dia membuang kau dalam hidupnya, dia
menyalahkan kau dalam perhubungan yang terputus di tengah jalan… Masih kau
setia???
Ya maaf, mungkin aku tidak faham… Mungkin aku tidak mengerti
erti kasih sayang… Mungkin aku tidak faham kesetiaan kau… Mungkin sukar untuk
orang pernah jadi sebahagian dari hidup kau… Ya, itu tidak dapat dinafikan…
Bercakap memang mudah tapi untuk laksanakan sangat susah sehingga terpaksa
mengorbankan dan menyakiti hati sendiri… Tapi sampai bila kau akan masih setia
terhadap insan yang membuang kau???
Aku bangga kau mampu tersenyum …Hari-hari yang kau sendiri lalui
kadang kala kau tidak pasti bahawa kau masih mampu tersenyum… Ketawa seperti
orang tidak punya masalah… Malangnya, di sebalik ketawa mesra yang lemparkan
mungkin tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat kau luahkan kepada
sesiapa…
Nota kaki Cik : Aku berbangga kau setabah dan mampu membiarkan
kau dikhianati, tapi aku tidak tega melihat kau diperlakukan sebegitu… Tolong defend
diri kau… Aku tidak mampu melihat kau diperlakukan sebegitu… Maaf aku tidak
mampu tolong kau apa-apa=(. Aku percaya Allah S.W.T telah aturkan yang terbaik
untuk hamba-hambanya.. Moga kau temui orang yang benar-benar boleh
membahagiakan kau… =)




No comments:
Post a Comment