Saturday, June 16, 2012

Akhirnya...satu dalam seribu,,,

Berkawan biar ramai
Berkasih biar satu
untuk satu dalam seribu
aku pilih kamu
sedangkan aku sendiri tidak tahu
kenapa kau dan aku
bisa menjadi satu

mungkin kau di hadiahkan kepada aku
sebagai peneman kalbu
sebagai pelengkap tulang rusuk
sebagai menemani kehidupanku 
sebagai imam kepadaku




Nota kaki Cik : Ya, aku bahagia sekarang dan sangat bahagia.. Dan aku juga yakin dengan kau agar kau mampu jaga hubungan kita ini.. Bersyukur yang teramat2 sangat kepada mu Ya Allah kerana akhirnya membuka pintu hati kedua ibu bapaku seikhlas yang mungkin merestui hubungan kami ini.. Akan aku menunggu saat kau bersedia untuk berjumpa dengan kedua ibu bapaku..Doakan jodoh kami berpanjangan..Amin..=)








Thursday, June 14, 2012

Antara kebahagiaan dan air mata



Dia sudah terlampau lali dengan kesakitan yang dia terima oleh manusia yang dia cinta walhal dia tidak pernah jumpa perkataan gembira bersama manusia itu. Dia diamkan sahaja sebab dia percaya akan ada nilai setia dan sayang  walaupun setengah orang menyumpah kerana dia bodoh mahu kekal setia pada manusia yang tidak pernah kenal erti cinta. Siapa sangka manusia yang dahulunya berbeza berubah menjadi manusia yang tiada perasaan dan hanya mengikut perasaan dalam perhubungan. Satu tahap dia membiarkan dirinya hanyut bersama kehidupannya sendiri biarpun dirinya sakit dimamah perasaan sendiri. Andai itu tersurat buat dirinya. Dia menerima dengan takdir yang ditetapkan padahal dia tahu seseorang boleh mengubah takdirnya jika dia mahu. 






Kalau si kekasih mencari dia, dia akan melayan.
Kalau dia mencari dan dia tidak dihiraukan ,dia hanya fikir hidup perlu diteruskan.
Kalau si kekasih tidak mencari, dia akan duduk diam kesepian.
Kalau dia tidak mencari dan si kekasih muncul, dia akan betulkan cepat perasaannya.

Dengan berbuat demikian ,dia dapat merasakan bahawa hubungan yang sekian lama dibina mampu diteruskan jangka hayatnya walaupun dia sendiri tidak mengerti mengapa perlunya hubungan seperti itu. Mengapa perlu menyayangi orang yang tidak pernah menyayangi dirinya. Mengapa perlu dirindui pada orang yang tidak sudi. Malangnya, jiwa dia, hati dia,  mana ada siapa mahu mengerti.

Tika melepaskan manusia yang dia sayangi, dia tahan air mata jangan tumpah ke pipi. Sakit mana sekalipun dia lepaskan manusia itu pergi, dia lebih rela daripada menahan teguh sekuat hati tapi akhirnya dia yang mati menahan derita tidak bertepi. Mungkin ini bukan jalan terbaik dalam hidupnya, tapi selagi dia mampu hidup tanpa ada kesal dalam hati, mengapa tidak dibukakan peluang si kekasih itu bercinta dengan manusia lain yang sudah mengambil tempatnya secara terang-terangan.

Dia adalah manusia yang tidak akan bina kebahagiaan atas air mata orang lain, walaupun air mata dia sendiri mengalir tanpa henti dan mendera perasaannya mengenangkan manusia itu. Lebih baik dia perlu melepaskan manusia yang dia sayangi demi manusia celaka yang merobek hati dan jiwanya.

Jangan ambil mudah pada manusia yang baik dan setia. Kerana suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan datang untuk mengambil benda yang tidak dihargai dan akan menyayangi lebih daripada kau mampu bayangi.

Nota kaki Cik : Allah S.W.T sentiasa bersama dengan orang-orang yang ditindas dan tertindas. Allah S.W.T memberi kita ujian kerana Dia rindu kita merintih dan mengadunya kepadanya. Allah S.W.T akan memberi ujian berdasarkan kemampuan manusia itu.















Tuesday, June 12, 2012

Sejak bila...

Entah sejak bila,
Kau berada di dalam hati aku,
Memenuhi setiap sudut hidupku, 
Setiap ruang yang ada,
Entah sejak bila,
Aku,
Sayang,
Kamu.
Masih,
Sumpah aku masih rasa yang sama,
Izinkan aku menjadi sekeping hati di dalam hidupmu,
Izinkan aku, ya? 



Monday, June 11, 2012

Diam


Ya..aku pilih untuk diam..
Aku perlukan ruang untuk aku berfikir sewarasnya tanpa berlaku pergaduhan… Aku ingin hidup dengan tenang tanpa masalah… Biarlah perkara yang lepas menjadi masa lalu… Kalau boleh aku ingin ikat ketat-ketat dalam penjara biar ia tidak bermain di ruang fikiran dan biar kau menjadi milik aku sahaja… Dan kalau boleh aku ingin tanam semua masalah dalam tanah biar semua benda yang lepas terkubur tanpa perselisihan faham… Saat hubungan menjangkau 5 tahun pelbagai dugaan makin hampir… Makin banyak kadang kala aku hampir putus asa dan tewas untuk meneruskan semuanya… Aku mungkin lebih banyak diam kadangkala dan berkata ya sahaja untuk semua perkara... Aku tidak mahu meneruskan semua pergaduhan ... Hati sudah terlalu penat dan terlalu menyayangi... Aku mungkin boleh mengatakan bahawa jika kau tidak menjadi milik aku,,, akan aku pastikan kau tidak menjadi milik sesiapa… Tapi siapa aku untuk menghalang semua itu… Hanya Allah S.W.T  yang tahu terbaik untuk aku dan kau…

Mungkin aku yang silap…
Mungkin aku yang timbulkan semuanya…
Mungkin aku yang terlalu egois dalam perhubungan ini…
Mungkin aku yang terlalu meminta diatas perhubungan ini…
Mungkin aku yang terlalu menyayangi kau dan buat kau bosan…
Mungkin aku tidak pernah buat kau rasa bahagia bila disampingku…
Mungkin dan mungkin ini semua salah aku… Ya, betul ini semua berpunca dari aku…
Maaf dan maaf sahaja aku mampu lakukan…Ya, aku hanya pandai memohon maaf dan itu diri aku…
Ya, mungkin bosan sudah berkali-kali mendengar perkataan MAAF ini dari aku…Tapi, itu sahaja dan akan aku cuba mempertahankan segala-galanya kembali …


Nota kaki Cik : Kenapa biarkan hati menjadi duka lara kalau hubungan itu boleh diselamatkan… Buangkan segala-galanya… jiwa dan hati kau boleh dirawat dahulu kenapa tidak kini??? Selamatkan hubungan yang kau bina selama ini..

Friday, June 8, 2012

Setia menanti ...



Senyuman,
Kau jalani hari kau dengan senyuman…Aku bangga dengan kau…Kesedihan tidak pernah kau tunjuk…Air mata kau ibarat mutiara yang sangat berharga untuk kau bukan… Kau tidak akan membazirkan mutiara kau hanya kerana insan yang tidak pernah menghargai kau kan… Tabahnya kau harungi semua ini tanpa mengharapkan sesiapa membantu kau… Kalau aku di tempat kau mungkin aku tidak mampu… Kadangkala  aku ingin menjadi seperti kau…

Kau masih menunggu orang yang tinggalkan kau… Kau berharap dirinya kembali pada kau dalam masa terdekat… Kau masih setia menanti dirinya yang pernah bertakhta di hati kau sebelum ini… Kau langsung tidak pernah untuk memikirkan cari pengganti… Perkataan pengganti selepas dia pergi dalam hidup kau aku tidak pernah langsung dengar… Yang aku dengar kau akan setia menanti dirinya… Mengapa kau tunggu dirinya??? Dia membuang kau dalam hidupnya, dia menyalahkan kau dalam perhubungan yang terputus di tengah jalan… Masih kau setia???

Ya maaf, mungkin aku tidak faham… Mungkin aku tidak mengerti erti kasih sayang… Mungkin aku tidak faham kesetiaan kau… Mungkin sukar untuk orang pernah jadi sebahagian dari hidup kau… Ya, itu tidak dapat dinafikan… Bercakap memang mudah tapi untuk laksanakan sangat susah sehingga terpaksa mengorbankan dan menyakiti hati sendiri… Tapi sampai bila kau akan masih setia terhadap insan yang membuang kau???

Aku bangga kau mampu tersenyum …Hari-hari yang kau sendiri lalui kadang kala kau tidak pasti bahawa kau masih mampu tersenyum… Ketawa seperti orang tidak punya masalah… Malangnya, di sebalik ketawa mesra yang lemparkan mungkin tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat kau luahkan kepada sesiapa…

Nota kaki Cik : Aku berbangga kau setabah dan mampu membiarkan kau dikhianati, tapi aku tidak tega melihat kau diperlakukan sebegitu… Tolong defend diri kau… Aku tidak mampu melihat kau diperlakukan sebegitu… Maaf aku tidak mampu tolong kau apa-apa=(. Aku percaya Allah S.W.T telah aturkan yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Moga kau temui orang yang benar-benar boleh membahagiakan kau… =)