Friday, December 30, 2011

segala suka duka tahun 2011..banyak kenangan pahit dan manis aku tinggalkan...

Sedar  tak sedar dah hampir penghujung 2011…3 ari lagi nk masuk 2012..
Terlampau banyak kenangan manis dan pahit yang xmungkin dapat diupakan…
Dan maka berakhirlah sem 3 dan tahun depan dah sem 4…cepatnya..huhhh
Okeyh just nk cter pasai Cik punya subjek n sila layan ea walau merapu..heheh
Bila Cik dapat kursus neyh Cik rasa sangat lah bertuah sebab semua benda Cik buat
Ada tak ciri2 isteri pilihan awak En. Sepet???
Okeyh merapu sudah kita back pda tajuk entry asal eh..sory..sory..sory..
 subjek Cik Pembuatan Pakaian Perempuan
Dari sini Cik belajar banyak benda sehingga menangis sangat
Cik belajar cara design baju jahit baju n macam2 yang berkaitan baju lar…
InsyaAllah Cik nak design baju kahwin Cik sendiri coming soon…Chewahhh…
Belajar tak abeh lagi dah mula cter bab kawen kan…gatai bebenor nak kawen eh??
ish2..Cik cuba bersabar…=)
Baru design cket dh mula perasan kn..heheh..xda lar..InsyaAllah lau dberi keizinan…
Bakeri….dari sini Cik belajar masak, buat kuih kek n macam…
Cik enjoy bila kos ni…padahal Cik sangat tak suka masak…
Tapi demi En.Sepet Cik semangat nak masak…Thank En.Sepet coz xpernah pthkn semangat Cik…
T da kawen ari2 Cik nak masak n bagi awak gemokk..hehhe..
Doakan kami da jodoh ea..=)
Pengurusan Tempat Kediaman
Neyh subjek Cik belajar cara2 nak design rumah…
Dah jadi macam arkitek n interior designer lak kn..hhehe
Pasni xpayah nk upah arkitek swuh design n dpat jimat duit design sendiri…
Kita desgn rumah impian kita sendiri yer pasni En.Sepet..
Kerja kayu, Logam dan Paip
Okeyh neyh pulak Cik belajar kayu, paip n logam..
Cik buat meja sem neyh…nasib menjadi…
Pas nil au rumah bocor xpayah nak cari orang Cik boleh repairkan sendiri…hihi
Walaupun xterer Cik akan cuba aplikasikan semua benda yang Cik belajar,,Amin..
Mandarin…Woww kelas neyh Cik suka
Nak tawu nape?????cebab pensyarah dy sangat lar sporting…
Bila masuk kelas neyh Cik rasa hilang segla masalah…gelak ja..
Cik kn suka gelak…so memang Cik sangat2 suka lar..=)
“Wo chia” n “wo ai ney”
Kaunseling Keibubapaan..ni pulak pasal kaunseling
Of coz lar cara2 nak kaunseling orang kan..
Pastu cara nak mendalami hati orang yang bermasalah dan menyelesai masalah…
Cik xtawu sangat untuk subjek neyh..cebab bila kelas neyh Cik akan ponteng…
N kalau Cik masuk Cik x faham apa…sebab guna bahasa kaunseling..ohhhh..
Macam mana Cik nak jawab exam neyhhh..hope Cik lulus…Amin..
Last subjek Cik Pengajaran dan Pembelajaran…
Yang neyh pun sama…Cik masuk Cik akan menyembang…
So, Cik xtawu sangat pasal dy punya isi kandungan…terukkk kan..
Macam mana nak jadi cikgu neyh Cik oiiiii
Yang neyh pasal perasaab n cara2 memahami student…
Okeyhhh dah abeh Cik cter serba sedikit pasal kursus Cik sem neyh…
Doakan Cik mampu buat yang terbaik dalam FINAL EXAM ea…
Amin..Doakan ea..Thank..=)

Thursday, December 29, 2011

buat renungan kita bersama...

(Surat Dari Iblis)

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini kepada sesiapapun

Thursday, December 22, 2011

dunia oh dunia...

semakin Cik cuba menafikan,,,dan menolak,,,
semakin dekat dan semakin mengganggu Cik,,,
Ya Allah kuatkan hati Cik dalam menghadapi semua ni,,,
Cik dah cuba sedaya upaya untuk memperbaiki semua ni,,,
Tenangkan jiwa Cik...Biarkan kebahagian masih menjadi milik Cik,,,
Sama ada lambat atau cepat,,,
Amin...

Tuesday, December 20, 2011

Titis hari akhir

hati nak mencoret sesuatu tetapi jiwa memaksa untuk tidak.
maaf ea..Neyh event untuk kursus Cik
Cik nk tunjuk pic jew...Nanti Cik free Cik cter..
Sekian saja dari Cik untuk sementara neyh...
Cik akan membawa diri sementara...
Cik akan biarkan blog Cik bersawang balik...


Last event utk sem neyh...




Sijil anugerah Dekan
Sekian. Terima Kasih.

Saia akan tetap tunggu awak

tika ini saat ini Cik mungkin terlalu rindukan orang yang sangat jaoh
semakin hari semakin jaoh..mungkin ini cubaan yang perlu Cik tanggung
dan Cik akan cuba bersabar ..n da hikmah disebalik perkara yang diuji...
Cik terlalu sayangkan En.Sepet..tapi kadang2 hati Cik x boleh nak menerima
Ya Allah kuatkan hambamu ini..berikan kesabaran agar hambamu dapat menjalani...
Bak kta orang tidak semestinya x contact tu x rindu xda perasaan..
dia ada caranya tersendiri...Cik faham En.Sepet mesty tengah cbuk siapkan tesis
maklumlah neyh tahun akhir...banyak kerja yang perlu diselesaikan..
selamat menyiapkan tesis taw..
Cik sayangkan kamoo...jaga diri tawu...

Monday, December 19, 2011

sEnyumlAh wAhAi hAti...

entry bukan berbaur pergaduhan atau salah faham atau pew2 ja yang berkaitan ea...
entry just nk buat peringatan untuk diri sendiri...
just nk cter..bunyi nyer macam neyh yer...
Tetiba hati cIK jadi terfikir bila tengak karenah atau "peel" orang dan diri sendiri
Bukan Cik nak cakap cik ni baik...Cik jugak macam orang lain sering melakukan kesalahan...
Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ni kecuali Allah S.W.T.


Kadang2 kita nak rasa diri kita dihormati orang...
Tapi pernahkah kita fikir..kita hormat orang lain tak???
Kadang2 kita nak rasa diri kita dihargai...
Tapi pernahkah kita menghargai orang lain???
Kadang2 kita nak rasa orang menjaga perasaan kita...
Tapi pernahkah kita menjaga perasaan orang lain???
Kadang2 kita tak nak bertolak ansur dengan orang lain...
Tapi kita nak orang bertolak ansur dengan kita???


Manusia2 tidak pernah sempurna dan sering melakukan kesilapan..
Manusia tidak lari dari bersikap egois...mementingkan diri sendiri
Memang kita perlu semua sikap macam tu tapi tengok keadaan 
dan bukan dalam semua keadaan...
Cik tak menafikan kadang2 tak semua orang suka cara Cik...
Tapi skunk Cik dh cuba untuk memuaskan hati semua orang...
Tapi apa yang Cik dapat bila Cik memuaskan hati orang lain???
Lastly, hati Cik jugak yang disakiti...
Memang Cik akui Cik seorang sangat degil,kepala batu n per lagi ek yang berkaitan
Tapi Cik cuba nak berubah n berubah...
Tapi bila Cik cuba berubah orang amek kesempatan keatas Cik...
Mungkin Cik perlu menjadi diri Cik yang sebelum ini...
Ynag sentiasa keras kepala dan setiap kritikan yang diberi orang lain buat xtahu jew...
Perlukah Cik menjadi perangai lama Cik yang xperlu kisah perasaan orang lain???


Mungkin Cik mampu bercakap tapi hati Cik masih punya perasaan...
Dan Cik akan cuba untuk memuaskan hati semua orang...walaupun hati Cik terluka...
Senyumlah dikala kamu sedih,kecewa dan dalam apa jua keadaan
kerana senyuman boleh membuat hari2 duka kamu berubah menjadi hari bahagia..

Sunday, December 18, 2011

hati seorang wanita

perempuan mampu berbohong di hadapan orang lain
perempuan ingin berlaku adil untuk semua orang
perempuan sanggup menjaga hati orang lain
walaupun hatinya disakiti
perempuan mungkin lemah tapi ia juga punya hati
sekeras-keras hati perempuan ia lembut
perempuan tidak pernah merungut jikalau ia tak tersentuh
perempuan akan mengambil masa yang lama 
dalam ubati hati dan jiwa
untuk kembali senyum mungkin mudah dihadapan orang lain
tapi di dalam hatinya kecilnya hanya dia yang tahu
mungkin dia bisa menerima kritikan orang lain
dia juga bisa berdikari tapi ketika saat ini datang
hatinya sudah tidak mampu untuk tersenyum
Kuatkan hati perempuan itu,,,
sesungguhnya aku yakin kau mampu hadapi
jangan bersedih lagi,,, bangunlah dari kekecewaan
kekecewaan mengajar kau untuk berdikari
bukan mematikan semangat kau selama ni.
Jadilah wanita yang paling bahagia
La Tahzan...

Saturday, December 17, 2011

pergi tanpa alasan by even

                                                         
                                                      selamat menghayati....

dOngEng...

Dia adalah insan yang kuat semangat dan tak pernah mengalah dengan masalah yang dia hadapi. Menangis tidak pernah ada dalam kamus hidupnya kecuali menangis di hadapan Allah S.W.T. Namun, kehidupannya berubah setelah dia bertemu dengan kaum adam dengan serta merta. Bukan dia tidak pernah bertemu dengan kaum adam tetapi sudah banyak kali sehingga hatinya sukar untuk menerima kehadiran kaum adam dalam kehidupannya. Sejak itu, hatinya begitu kecewa sehingga dia benci untuk menangis sehingga kudratnya tidak mampu lagi untuk menangis. Kenapa kau sakiti hati perempuan yang benar-banar menyayangi diri kau??? Butakah mata kau tidak nampak pengorbanan yang dia lakukan untuk kau selama ni???Kau sedar atau tidak atau sengaja untuk mempermainkan hatinya??? Kini, dia dah tidak merelakan hatinya disakiti lagi, dilukakan oleh seorang lelaki yang benar-benar dia sayang..dari dulu dia benci untuk menyayangi sesiapa kerana dia tahu kelak hatinya akan terluka..berulang-ulang kali dia cuba memberitahu, jangan tinggalkan parut yang akan mencacatkan hatinya sebab kelak terencat segala percaturan hidupnya. Semua yang dia impikan hancur berkecai di hadapan dirinya sendiri. Hati wanita mana yang tidak hancur jika orang yang dia benar-benar sanjung hormat  dan sayang tinggalkan dirinya tanpa alasan dan khabar. Lama dia mengambil masa membawa hatinya yang remuk redam sehingga dia merasakan dia tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup.
Kehidupan tidak seindah pelangi yang cantik, tidak secerah matahari yang menyinar itulah namanya kehidupan. Dia adalah insan yang benar kuat dalam menempuh ranjau kehidupan dengan wujudnya semangat juang yang tinggi dalam dirinya walaupun dia adalah seorang gadis kampung. Bagi dirinya walaupun dia seorang gadis kampung namun dia masih berhak untuk hidup tanpa penghinaan dan berhak untuk mencintai dan dicintai. Namun, semua ini berubah setelah dia berjumpa dengan kaum adam. Dia mengenali kaum adam dalam dunia cyber. Pada dasarnya dia hanya hendak mencari kawan sahaja kerana dia adalah anak tunggal keluarga dan tiada tempat untuk dia bersembang atau meluahkan perasaan. Ibu bapanya sibuk bekerja jadi dia merasa sunyi. Perkenalan dia dengan seorang lelaki akhirnya hati wanita tergugat kerana sikap ambil berat lelaki tersebut terhadap dirinya. Dia sering menafikan perasaannya kerana dia  tahu kelak hatinya akan terluka lagi. Jadi dia hanya menganggap lelaki tersebut hnaya sekadar kawan dan tidak lebih dari itu, sedangkan mereka hanya kenal melalui internet. Mereka tidak pernah berjumpa walaupun mereka berkawan hampir dua tahun dalam internet. Mereka semakin rapat dan semakin kerap berhubung. Setelah beberapa tahun dia mendapat tawaran sambung belajar di ipt. Hati siapa yang tidak gembira mendapat tawaran yang selalu dia impikan dan sekaligus adalah harapan keluarganya. Dia pergi dengan membawa harapan akan membawa pulang segulung ijazah dengan ijazah kelaz pertama agar dapat membela nasibnya pada akan datang kerana dia sukar untuk mempercayai lelaki. Hati naluri perempuannya diketuk oleh insan yang bernama lelaki lalu dia menerima dengan seikhlas hatinya dan dia berjanji pada dirinya  dia sanggup menerima kekurangan lelaki tersebut dan cuba menjaga hubungan agar tidak retak ditengah jalan. Berulang-ulang kali dia memberitahu, jangan tinggalkan parut yang akan mencacatkan hatinya kelak akan terencat segala percaturan hidupnya. Pada permulaan hubungan mereka sangat indah bagai aur dengan tebing yang tidak akan dapat dipisahkan. Setiap hari boleh dikatakan setiap masa mereka akan meluangkan masa bersembang di telefon berjam-jam, mesej tidak berhenti-henti namun semua itu hanyalah sementara sahaja. Hal ini kerana mereka berjauhan jadi mungkin perasaan rindu pada mulanya tapi bila akhirnya perasaan rindu itu menjadi benci. Sekarang dia akui bahawa benar kata orang mula bercinta, berkahwin memang indah tapi setelah lama ia akan menjadi hempedu atau racun yang sangat berbisa sehingga memberi kesan  yang mendalam pada hatinya. Dia sering sakit boleh dikatakan setiap bulan akan demam sehingga badannya rasa tidak bermaya lagi, akhirnya dia dengan kehendak ibunya agar pergi berjumpa doctor dan mengesahkan dia mempunyai penyakit yang akan merencatkan segala percaturan hidupnya. Perkara yang tidak diingini berlaku pada dirinya dalam usia dia yang agak muda dan sejak itu dirinya berubah dan sering memikirkan perkara yang negative kadang-kadang mungkin merimaskan si lelaki. Dia tidak sanggup menipu lelaki tersebut lalu memberitahu tentang penyakitnya agar kelak lelaki tersebut  tidak akan merasa tertipu atau benci kepadanya pada masa akan datang. Penerimaan negative pada awalnya tetapi akhirnya menjadi positif. Dia merasa bertuah kerana orang yang dia sayang dapat menerima keadaan dirinya. Namun. Hari berganti hari, bulan silih berganti dia melihat perubahan pada si lelaki. Mereka sudah jarang berhubung dengan alasan si lelaki dia sibuk dan banyak perkara penting yang harus dilakukan. Dia menerima alasan tanpa syak perkara yang negative. Walaupun hatinya terguris . Dia sering berfikir tidak pentingkah dirinya pada lelaki tersebut. Dalam itu dia tidak pernah menyesali keputusan yang dia lakukan walaupun hatinya sering terguris dengan kata-kata si lelaki. Demi menenangkan hatinya dia cuba berhubung agar hubungan mereka akan pulih dan tidak retak. Hampa dia merasa kerana panggilannya tidak dijawab mesej tidak langsung dibalas. Dia masih bersabar dan menyatakan bahawa si lelaki sibuk dan mungkin tiada kredit untuk membalas mesejnya. Setiap masa setiap saat, hari berganti hari dia menunggu agar si lelaki cuba menghubunginya. Hampa lagi dia merasa kerana si lelaki tidak langsung menghubunginya dan mungkin dirinya sudah tidak mempunyai makna lagi pada lelaki tersebut. Kesabaran yang sabar kini hilang dan dia sudah tidak mampu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lagi lalu dia membawa dirinya jauh. Dia membawa hatinya yang terluka bagai ditusuk kaca yang begitu tajam dan dia merasakan hidupnya gelap. Dia sedar dirinya tidak sesempurna orang lain. Kini setelah dia membawa dirinya jauh di samping itu dalam hati kecilnya juga mengharapkan si lelaki datang mencarinya. Hampa dan terus hampa si lelaki langsung tidak mempeduli dirinya. Dia cuba melupakan kenangan antara mereka. Memang mengambil masa yang lama untuk melupakan tapi dia harus dan harus. Dia tidak ingin meminta apa-apa selain jujur sahaja pada dirinya sekiranya si lelaki mempunyai orang lain atau sudah tiada perasaan padanya lagi. Perasaan tidak dapat dipaksa jika itu kebenarannya dia akan cuba tapi kini hidupnya bagai digantung tidak bertali. Dia masih setia dan tidak mencari pengganti kerana kesetiaan dan janjinya kepada si lelaki. Dia ingin meminta kata perpisahan namun bagi ada dua pemikiran yang bermain di akalnya.
A : Untuk apa lagi bersama dengan lelaki yang tak menghargai kau..

B : Aku takut untuk berpisah kerana ia amat menyakitkan..

A : Jangan takut, biar masa akan menyembuhkan segalanya..kau dan dia tak mungkin akan bersatu..kau dan dia dua manusia yang berbeza..once lepaskan dia, bangun kembali, belajar dari kesilapan, dan teruskan perjalanan kau..perjalanan kau masih jauh lagi bukan...kau harapan keluarga...

B : Jika berpisah, aku akan menangis dan terus menangis..mengambil masa yang lama untuk sembuh..bertahun-tahun..bukan berbulan-bulan...

A : Ia mengajar kau erti tabah...kau takkan mati tanpa dia disisi kau..kau insan yang pandai berdikari bukan..jangan lagi bergantung harap pada sesuatu yang tak pasti hala tujunya..

B : Aku takut kehilangannya..aku terlalu menyayangi..

A : Silap kau dipermulaan kerana menyayanginya..sepatutnya kau harus simpan perasaan sayang 90 % pada diri kau sendiri dan selebihnya pada orang disekeliling kau..

B : Mudah kau berkata-kata..sedangkan aku yang bakal menghadapinya..aku tak kuat..tak sekuat yang disangka oleh manusia disekeliling aku...

A: kekuatan semuanya ada dalam diri kau..semuanya dari kau..mahu ataupun tidak, semuanya terletak atas diri kau..

B : Bertahun kami bersama..takkan nak musnahkan dalam sekelip mata..kami bersusah payah sama-sama untuk bina kehidupan masing-masing..melalui saat-saat sukar dan senang bersama..takkan mungkin aku kuat melakukannya..kenangan demi kenangan..pengorbanan demi pengorbanan...

A : Untuk apa jika hati kau tak bahagia??tak salah mengingati kenangan..sebab mustahil untuk memadam memori bersama-sama..ambil iktibar dalam kenangan dan kutip kekuatan dari kenangan tu..

B : Bahagia??macam mana rasa bahagia tu??aku dah lupa...

A : just let him go...and one day, kau akan bangun kembali..dan kau akan kembali merasai kebahagiaan itu..cuba kuat walaupun perit..biarkan dia pilih jalan dia sendiri..biar dia bahagia dengan jalan yang dipilihnya..menyayangi tak bermaksud memiliki...cukuplah kita melihat orang yang kita sayang, hidup bahagia..

B : Yer, menyayangi tak bermaksud memiliki..dan aku takkan tersenyum seperti dulu lagi......

Hampi beberapa bulan dia terus menanti dan berharap agar si lelaki datang mencarinya kembali…Namun, keadaan masih tidak berubah. Hampa..kecewa.. Di samping itu, keadaan dirinya yang tidak pernah sihat dan sering sakit dan tidak bermaya.  Dengan kekuatan untuk menunggu dan setia menyebabkan dia mampu melawan penyakitnya. Sehingga suatu hari dia tidak sedarkan diri.  Doktor menyatakan bahawa keadaannya terlalu lemah dan mungkin tidak boleh diselamatkan. Jadi, doctor mengambil keputusan untuk memberhentikan system pernafasannya. Sebelum kematiannya, dia sempat menulis sepucuk surat dan surat itu diberi kepada si lelaki sekiranya dia sudah meninggal.

Beberapa bulan selepas kematian si gadis… si lelaki muncul dan mencari si gadis. Dia cuba menghubungi si gadis namun panggilannya langsung tidak berjawab Dia mula hairan kenapa si gadis tidak mahu menjawab panggilannya. Dia mula berfikir kerana selama ini dia tinggalkan si gadis tanpa penjelasan. Bila si gadis menelefonnya langsung tidak berjawab. Mungkin ini balasannya atas kesalahannya sendiri. Sehingga suatu hari panggilannya telefonnya dijawab oleh seorang lelaki. Dia mula berfikir negative sehingga lelaki itu memarahi beliau. Dia pelik dengan sikap lelaki tersebut kerana tidak semena-mena memarahinya.
Lelaki  a: Tidak puas kew selama ini kau sakiti hati dia?
                 Sampai bila kau harus menyeksa hidupnya?
Lelaki B : Dia diam tanpa jawapan.
Sehingga lelaki a bersuara bahawa si gadis telah meninggalkn kita semua beberpa bulan lepas. Dan dia sempat meninggalkan kau sepucuk surat.
KANDUNGAN SURAT TERSEBUT :
Khas untuk awak…
Mungkin ketika awak membaca surat ini saya dah tiada di dunia ini. Saya sudah memaafkan awak dan saya ingin memohon maaf sekiranya selama ini saya terlalu banyak melakukan kesilapan terhadap awak. Saya terlalu menyayangi awak dan sampai akhir hayat saya, saya akan menyayangi awak. Saya berterima kasih kerana awak telah member peluang pada saya untuk hadir dalam kehidupan awak walaupun sebentar. Saya amat menghargai pergorbanan awak. Dan saya mendoakan awak bahagia di dunia dan akhirat.
Saya akhiri dengan memohon maaf sekali lagi .
Ikhlas dari saya..


Friday, December 16, 2011

tika ini ...saat ini..dan untuk selamanya...InsyaAllah...hati saia masih untuk awak...

kalau lah awak tahu...saia sangat rindukan awak...
kalau lah awak tahu...saia teringin nak awak berada di sisi saia...
kalau lah awak tahu...saia selalu mendoakan awak bahagia...
kalau lah awak tahu...saia selalu termimpikan awak...

kalau awak nak tahu... saia akan cuba call awak...walaupun saia sibuk...
kalau awak nak tahu...saia akan rasa bahagia bila awak angkat "call" saia walaupun cakap sekejap...

kalau lah awak tahu...saia akan sentiasa menyayangi awak..
kalau lah awak tahu...saia cintakan awak sepenuh ati saia....
kalau lah awak tahu...hanya awak dalam hati saia...

Friday, November 18, 2011

guru pendidik anak bangsa

Ececeh  tgk  tittle dh mula perasan cikgu la ni..kehkeh
Xda lar…saia still student…
Lambat lagi nak abeh study…n nak  konvo…
Ok balik pda tajuk asal..tetiba mood rajin nk tulis blik…
My life sem 3 ni agak tidak terurus…assgment yg terlalu banyak…
Ditambah pulak kelas amali..setiap kelas amali kna wt report…
Adoii..leceh betoi kn…
Tapi skunk ja saia akan merasa semua …
 So saia nk hargai masa saia sbgai student..
Sem ni sangat bz..smpai xda masa kadang2 tu…
Assgment buat last minit..means sok n kantar…
Mlm tu xtido lar wt assgment…
Penat kn…pastu nk bangun mula lar…
Kesian my rumet coz terpaksa kejutkan byk kali…
Thank my rumet byk bersabar dgn pagai saia…
Saia selalu marah dy..kesian kan…
Maaf taw…saia syg awak..awk selalu bgi saia nasihat mcm2…
Teringat dkt mak saia pulak…heehhe..
Selamat meneruskan sem 3 dengan jayanya…
Hope sem ni dpt tingkatkn pointer…
hope pointer naik...Amin..
n xlupa bak kta encik sepet lau kta usaha sungguh so mrkah pun akan bek..
but lau juz ckp saja x pandai buat...nothing to improve...
thank encik sepet..=)

Thursday, October 13, 2011

nak lari jaoh-jaoh...

Cepat masa berlalu. Dah sem3 ak skunk.Lagi 7 sem nak abeh..yeayyyy…wah suka cm sok lusa nk abeh.Padahal banyak sem lagi tu. Macam2 halangan lagi. InsyaAllah mampu hadapi.Amin..Sem ni leh kata sem yg paling serabut,sgt stress n mcm2 qasa nak lari p jaoh-jaoh.Jiwa tertekan weyhhhh…Tapi  apa kn daya nk lari walau 1 mnt pun x smpt neyh kn 1 jam lagi lar.leh jdi gila cm ney. Xda masa untuk diri sendiri untuk org lain lgi lah xda masa. MASA ITU EMAS!!. Klau bley nk tambah jdi 48 jam 1 ari. Hmmm… Bz mengalahkan pm lgi.Btoi dak???try tnya my fwenz yg sma kos… Nk tunjuk juga hasil tangan ak sendiri…Cewahhh nk tunjuk lar sgt mcm lawa…tapi hampeh…Sapa yg qasa nk order baju qaya mai hantaq..Sedia menerima tempahan…Xda ar ak men2 ja..x bqani nk wt baju owg lgi..sat g jdi kot len…

hasil tangan sendiri...lawa dak???
xlawa??? da ku kesah..huuu
hope dpt mark yg berbaloi...Amin...