Dia sudah terlampau lali dengan kesakitan yang dia terima
oleh manusia yang dia cinta walhal dia tidak pernah jumpa perkataan gembira
bersama manusia itu. Dia diamkan sahaja sebab dia percaya akan ada nilai setia
dan sayang walaupun setengah orang
menyumpah kerana dia bodoh mahu kekal setia pada manusia yang tidak pernah
kenal erti cinta. Siapa sangka manusia yang dahulunya berbeza berubah menjadi
manusia yang tiada perasaan dan hanya mengikut perasaan dalam perhubungan. Satu
tahap dia membiarkan dirinya hanyut bersama kehidupannya sendiri biarpun
dirinya sakit dimamah perasaan sendiri. Andai itu tersurat buat dirinya. Dia
menerima dengan takdir yang ditetapkan padahal dia tahu seseorang boleh
mengubah takdirnya jika dia mahu.
Kalau si kekasih mencari dia, dia akan melayan.
Kalau dia mencari dan dia tidak dihiraukan ,dia hanya fikir
hidup perlu diteruskan.
Kalau si kekasih tidak mencari, dia akan duduk diam kesepian.
Kalau dia tidak mencari dan si kekasih muncul, dia akan
betulkan cepat perasaannya.
Dengan berbuat demikian ,dia dapat merasakan bahawa hubungan
yang sekian lama dibina mampu diteruskan jangka hayatnya walaupun dia sendiri
tidak mengerti mengapa perlunya hubungan seperti itu. Mengapa perlu menyayangi
orang yang tidak pernah menyayangi dirinya. Mengapa perlu dirindui pada orang
yang tidak sudi. Malangnya, jiwa dia, hati dia, mana ada siapa mahu mengerti.
Tika melepaskan manusia yang dia sayangi, dia tahan air mata
jangan tumpah ke pipi. Sakit mana sekalipun dia lepaskan manusia itu pergi, dia
lebih rela daripada menahan teguh sekuat hati tapi akhirnya dia yang mati
menahan derita tidak bertepi. Mungkin ini bukan jalan terbaik dalam hidupnya,
tapi selagi dia mampu hidup tanpa ada kesal dalam hati, mengapa tidak dibukakan
peluang si kekasih itu bercinta dengan manusia lain yang sudah mengambil
tempatnya secara terang-terangan.
Dia
adalah manusia yang tidak akan bina kebahagiaan atas air mata orang lain,
walaupun air mata dia sendiri mengalir tanpa henti dan mendera perasaannya
mengenangkan manusia itu.
Lebih baik dia perlu melepaskan manusia yang dia sayangi demi manusia celaka
yang merobek hati dan jiwanya.
Jangan ambil mudah pada manusia yang baik dan setia. Kerana
suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan datang untuk mengambil
benda yang tidak dihargai dan akan menyayangi lebih daripada kau mampu bayangi.
Nota kaki Cik : Allah S.W.T sentiasa bersama dengan orang-orang yang ditindas dan tertindas. Allah S.W.T memberi kita ujian kerana Dia rindu kita merintih dan mengadunya kepadanya. Allah S.W.T akan memberi ujian berdasarkan kemampuan manusia itu.
.




No comments:
Post a Comment