Friday, March 15, 2013

Pentas dunia


Pentas dunia..
Sangat hebat bunyi..
Ramai pelakon yang bijak memainkan watak..
Mencorak kehidupan dengan sikap hipokrit..
Tanpa sedar lakonan mereka berhasil..
Berhasil menyakitkan hati orang lain..
Berhasil membuat diri mereka  dan orang sekeliling ketawa..
Berhasil membuat mereka ketawa atas tangisan orang lain..

Begitu juga kehidupan dia..
Dia belajar mula mengenali dunia..
Mula terikut dengan dunia luar dan sosialnya..
Tanpa mengira perasaan orang lain..
Yang penting hatinya puas..
Dia mula berubah..
Sedikit demi sedikit perubahan pada dirinya..
Sehingga dia alpa tentang perasaan orang yang dia sayang..
Dia mengabaikan orang yang dia sayang..
Dia menyakiti orang yang dia sayang..
Atas alasan itu dunianya yang baru..
Pentas dunia baru yang sangat hebat..
Sehingga kau lalai tentang halal dan haram..
Sehingga kau tidak berfikir secara rasional..
Sehingga kau mengeluarkan ayat yang tidak sepatutnya..
Itu dunia yang kau bangga???

Nota kaki Cik : Jangan membina kebahagiaan untuk diri sendiri sehingga terpaksa menyakiti hati orang lain.

Sunday, September 16, 2012

Antara kecewa dan lepaskan


Ya, Cik masih lagi manusia yang punya hati dan perasaan..
Masih serba kekurangan dan tidak sempurna..
Masih lagi mencari arah tuju sebenar ..
Masih lagi mengecewakan banyak hati..
Masih lagi tidak faham dengan karenah manusia..
Masih lagi mencari jawapan yang sebenarnya..
Tapi, Cik hanya manusia yang tidak mampu memuaskan hati semua pihak..
Disakiti dan menyakiti adalah lumrah kehidupan..
Cik pilih untuk disakiti kerana Cik tidak mampu menyakiti orang lain..
Biarpun perasaan sayang sesama insan Cik pejam dan lepaskan ..
Sukar untuk Cik akui dan terima hakikat tapi itu kenyataan..
Paksaan dan memaksa tidak boleh beri kebahagian kepada semua pihak..
Tapi boleh memudaratkan keadaan dan terpaksa pekakan telinga butakan mata..
Cik bukan sesiapa tetapi hanya manusia yang serba kekurangan..
Cik perlukan terus terang dan jujur bukan bercerita di belakang Cik tentang itu ini..
Cik cuba pertahankan apa yang ada, tapi apa yang Cik dapat hanya kecewa..
Cik bukan menyalahkan sesiapa tapi hanya mencari kebenaran..
Kebenaran akan terungkap jua kelak..

Nota kaki Cik : Kita mungkin boleh menjadi penasihat yang baik kepada orang lain,
                          tapi tidak pada diri kita”





Saturday, September 15, 2012

nO Entry..


" I used to the silent, trying to be patient and waiting for the explanation"

 l There's one thing to say, three words for you, 
I MISS U :'(