Sunday, September 16, 2012

Antara kecewa dan lepaskan


Ya, Cik masih lagi manusia yang punya hati dan perasaan..
Masih serba kekurangan dan tidak sempurna..
Masih lagi mencari arah tuju sebenar ..
Masih lagi mengecewakan banyak hati..
Masih lagi tidak faham dengan karenah manusia..
Masih lagi mencari jawapan yang sebenarnya..
Tapi, Cik hanya manusia yang tidak mampu memuaskan hati semua pihak..
Disakiti dan menyakiti adalah lumrah kehidupan..
Cik pilih untuk disakiti kerana Cik tidak mampu menyakiti orang lain..
Biarpun perasaan sayang sesama insan Cik pejam dan lepaskan ..
Sukar untuk Cik akui dan terima hakikat tapi itu kenyataan..
Paksaan dan memaksa tidak boleh beri kebahagian kepada semua pihak..
Tapi boleh memudaratkan keadaan dan terpaksa pekakan telinga butakan mata..
Cik bukan sesiapa tetapi hanya manusia yang serba kekurangan..
Cik perlukan terus terang dan jujur bukan bercerita di belakang Cik tentang itu ini..
Cik cuba pertahankan apa yang ada, tapi apa yang Cik dapat hanya kecewa..
Cik bukan menyalahkan sesiapa tapi hanya mencari kebenaran..
Kebenaran akan terungkap jua kelak..

Nota kaki Cik : Kita mungkin boleh menjadi penasihat yang baik kepada orang lain,
                          tapi tidak pada diri kita”





No comments:

Post a Comment