Bahagia….siapa yang tak nak bahagia…semua orang ingin bahagia termasuk diri aku sendiri..tapi sekiranya ada manusia yang menyatakan bahawa alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia…dia layak dihantar ke HOSPITAL BAHAGIA okeyh…sila hantar cepat okeyh…takut perkara yang bukan2 akan dia lakukan…nak tahu kenapa??sudah tentu lar orang tu tak siuman lagi... Untuk pengetahuan bahawa semua manusia yang siuman dan mempunyai akal fikiran yang waras sentiasa ingin mengejar kebahagiaan bahkan apa sahaja yang dilakukan hanyalah untuk mencapai bahagia dan kepuasan terhadap dirinya…
Sedar ke tidak???ujian sering berlaku dan membuat kita sama ada yakin atau tidak dalam menghadapi keadaan tersebut…Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu??? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.



No comments:
Post a Comment