Saturday, December 17, 2011

dOngEng...

Dia adalah insan yang kuat semangat dan tak pernah mengalah dengan masalah yang dia hadapi. Menangis tidak pernah ada dalam kamus hidupnya kecuali menangis di hadapan Allah S.W.T. Namun, kehidupannya berubah setelah dia bertemu dengan kaum adam dengan serta merta. Bukan dia tidak pernah bertemu dengan kaum adam tetapi sudah banyak kali sehingga hatinya sukar untuk menerima kehadiran kaum adam dalam kehidupannya. Sejak itu, hatinya begitu kecewa sehingga dia benci untuk menangis sehingga kudratnya tidak mampu lagi untuk menangis. Kenapa kau sakiti hati perempuan yang benar-banar menyayangi diri kau??? Butakah mata kau tidak nampak pengorbanan yang dia lakukan untuk kau selama ni???Kau sedar atau tidak atau sengaja untuk mempermainkan hatinya??? Kini, dia dah tidak merelakan hatinya disakiti lagi, dilukakan oleh seorang lelaki yang benar-benar dia sayang..dari dulu dia benci untuk menyayangi sesiapa kerana dia tahu kelak hatinya akan terluka..berulang-ulang kali dia cuba memberitahu, jangan tinggalkan parut yang akan mencacatkan hatinya sebab kelak terencat segala percaturan hidupnya. Semua yang dia impikan hancur berkecai di hadapan dirinya sendiri. Hati wanita mana yang tidak hancur jika orang yang dia benar-benar sanjung hormat  dan sayang tinggalkan dirinya tanpa alasan dan khabar. Lama dia mengambil masa membawa hatinya yang remuk redam sehingga dia merasakan dia tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup.
Kehidupan tidak seindah pelangi yang cantik, tidak secerah matahari yang menyinar itulah namanya kehidupan. Dia adalah insan yang benar kuat dalam menempuh ranjau kehidupan dengan wujudnya semangat juang yang tinggi dalam dirinya walaupun dia adalah seorang gadis kampung. Bagi dirinya walaupun dia seorang gadis kampung namun dia masih berhak untuk hidup tanpa penghinaan dan berhak untuk mencintai dan dicintai. Namun, semua ini berubah setelah dia berjumpa dengan kaum adam. Dia mengenali kaum adam dalam dunia cyber. Pada dasarnya dia hanya hendak mencari kawan sahaja kerana dia adalah anak tunggal keluarga dan tiada tempat untuk dia bersembang atau meluahkan perasaan. Ibu bapanya sibuk bekerja jadi dia merasa sunyi. Perkenalan dia dengan seorang lelaki akhirnya hati wanita tergugat kerana sikap ambil berat lelaki tersebut terhadap dirinya. Dia sering menafikan perasaannya kerana dia  tahu kelak hatinya akan terluka lagi. Jadi dia hanya menganggap lelaki tersebut hnaya sekadar kawan dan tidak lebih dari itu, sedangkan mereka hanya kenal melalui internet. Mereka tidak pernah berjumpa walaupun mereka berkawan hampir dua tahun dalam internet. Mereka semakin rapat dan semakin kerap berhubung. Setelah beberapa tahun dia mendapat tawaran sambung belajar di ipt. Hati siapa yang tidak gembira mendapat tawaran yang selalu dia impikan dan sekaligus adalah harapan keluarganya. Dia pergi dengan membawa harapan akan membawa pulang segulung ijazah dengan ijazah kelaz pertama agar dapat membela nasibnya pada akan datang kerana dia sukar untuk mempercayai lelaki. Hati naluri perempuannya diketuk oleh insan yang bernama lelaki lalu dia menerima dengan seikhlas hatinya dan dia berjanji pada dirinya  dia sanggup menerima kekurangan lelaki tersebut dan cuba menjaga hubungan agar tidak retak ditengah jalan. Berulang-ulang kali dia memberitahu, jangan tinggalkan parut yang akan mencacatkan hatinya kelak akan terencat segala percaturan hidupnya. Pada permulaan hubungan mereka sangat indah bagai aur dengan tebing yang tidak akan dapat dipisahkan. Setiap hari boleh dikatakan setiap masa mereka akan meluangkan masa bersembang di telefon berjam-jam, mesej tidak berhenti-henti namun semua itu hanyalah sementara sahaja. Hal ini kerana mereka berjauhan jadi mungkin perasaan rindu pada mulanya tapi bila akhirnya perasaan rindu itu menjadi benci. Sekarang dia akui bahawa benar kata orang mula bercinta, berkahwin memang indah tapi setelah lama ia akan menjadi hempedu atau racun yang sangat berbisa sehingga memberi kesan  yang mendalam pada hatinya. Dia sering sakit boleh dikatakan setiap bulan akan demam sehingga badannya rasa tidak bermaya lagi, akhirnya dia dengan kehendak ibunya agar pergi berjumpa doctor dan mengesahkan dia mempunyai penyakit yang akan merencatkan segala percaturan hidupnya. Perkara yang tidak diingini berlaku pada dirinya dalam usia dia yang agak muda dan sejak itu dirinya berubah dan sering memikirkan perkara yang negative kadang-kadang mungkin merimaskan si lelaki. Dia tidak sanggup menipu lelaki tersebut lalu memberitahu tentang penyakitnya agar kelak lelaki tersebut  tidak akan merasa tertipu atau benci kepadanya pada masa akan datang. Penerimaan negative pada awalnya tetapi akhirnya menjadi positif. Dia merasa bertuah kerana orang yang dia sayang dapat menerima keadaan dirinya. Namun. Hari berganti hari, bulan silih berganti dia melihat perubahan pada si lelaki. Mereka sudah jarang berhubung dengan alasan si lelaki dia sibuk dan banyak perkara penting yang harus dilakukan. Dia menerima alasan tanpa syak perkara yang negative. Walaupun hatinya terguris . Dia sering berfikir tidak pentingkah dirinya pada lelaki tersebut. Dalam itu dia tidak pernah menyesali keputusan yang dia lakukan walaupun hatinya sering terguris dengan kata-kata si lelaki. Demi menenangkan hatinya dia cuba berhubung agar hubungan mereka akan pulih dan tidak retak. Hampa dia merasa kerana panggilannya tidak dijawab mesej tidak langsung dibalas. Dia masih bersabar dan menyatakan bahawa si lelaki sibuk dan mungkin tiada kredit untuk membalas mesejnya. Setiap masa setiap saat, hari berganti hari dia menunggu agar si lelaki cuba menghubunginya. Hampa lagi dia merasa kerana si lelaki tidak langsung menghubunginya dan mungkin dirinya sudah tidak mempunyai makna lagi pada lelaki tersebut. Kesabaran yang sabar kini hilang dan dia sudah tidak mampu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lagi lalu dia membawa dirinya jauh. Dia membawa hatinya yang terluka bagai ditusuk kaca yang begitu tajam dan dia merasakan hidupnya gelap. Dia sedar dirinya tidak sesempurna orang lain. Kini setelah dia membawa dirinya jauh di samping itu dalam hati kecilnya juga mengharapkan si lelaki datang mencarinya. Hampa dan terus hampa si lelaki langsung tidak mempeduli dirinya. Dia cuba melupakan kenangan antara mereka. Memang mengambil masa yang lama untuk melupakan tapi dia harus dan harus. Dia tidak ingin meminta apa-apa selain jujur sahaja pada dirinya sekiranya si lelaki mempunyai orang lain atau sudah tiada perasaan padanya lagi. Perasaan tidak dapat dipaksa jika itu kebenarannya dia akan cuba tapi kini hidupnya bagai digantung tidak bertali. Dia masih setia dan tidak mencari pengganti kerana kesetiaan dan janjinya kepada si lelaki. Dia ingin meminta kata perpisahan namun bagi ada dua pemikiran yang bermain di akalnya.
A : Untuk apa lagi bersama dengan lelaki yang tak menghargai kau..

B : Aku takut untuk berpisah kerana ia amat menyakitkan..

A : Jangan takut, biar masa akan menyembuhkan segalanya..kau dan dia tak mungkin akan bersatu..kau dan dia dua manusia yang berbeza..once lepaskan dia, bangun kembali, belajar dari kesilapan, dan teruskan perjalanan kau..perjalanan kau masih jauh lagi bukan...kau harapan keluarga...

B : Jika berpisah, aku akan menangis dan terus menangis..mengambil masa yang lama untuk sembuh..bertahun-tahun..bukan berbulan-bulan...

A : Ia mengajar kau erti tabah...kau takkan mati tanpa dia disisi kau..kau insan yang pandai berdikari bukan..jangan lagi bergantung harap pada sesuatu yang tak pasti hala tujunya..

B : Aku takut kehilangannya..aku terlalu menyayangi..

A : Silap kau dipermulaan kerana menyayanginya..sepatutnya kau harus simpan perasaan sayang 90 % pada diri kau sendiri dan selebihnya pada orang disekeliling kau..

B : Mudah kau berkata-kata..sedangkan aku yang bakal menghadapinya..aku tak kuat..tak sekuat yang disangka oleh manusia disekeliling aku...

A: kekuatan semuanya ada dalam diri kau..semuanya dari kau..mahu ataupun tidak, semuanya terletak atas diri kau..

B : Bertahun kami bersama..takkan nak musnahkan dalam sekelip mata..kami bersusah payah sama-sama untuk bina kehidupan masing-masing..melalui saat-saat sukar dan senang bersama..takkan mungkin aku kuat melakukannya..kenangan demi kenangan..pengorbanan demi pengorbanan...

A : Untuk apa jika hati kau tak bahagia??tak salah mengingati kenangan..sebab mustahil untuk memadam memori bersama-sama..ambil iktibar dalam kenangan dan kutip kekuatan dari kenangan tu..

B : Bahagia??macam mana rasa bahagia tu??aku dah lupa...

A : just let him go...and one day, kau akan bangun kembali..dan kau akan kembali merasai kebahagiaan itu..cuba kuat walaupun perit..biarkan dia pilih jalan dia sendiri..biar dia bahagia dengan jalan yang dipilihnya..menyayangi tak bermaksud memiliki...cukuplah kita melihat orang yang kita sayang, hidup bahagia..

B : Yer, menyayangi tak bermaksud memiliki..dan aku takkan tersenyum seperti dulu lagi......

Hampi beberapa bulan dia terus menanti dan berharap agar si lelaki datang mencarinya kembali…Namun, keadaan masih tidak berubah. Hampa..kecewa.. Di samping itu, keadaan dirinya yang tidak pernah sihat dan sering sakit dan tidak bermaya.  Dengan kekuatan untuk menunggu dan setia menyebabkan dia mampu melawan penyakitnya. Sehingga suatu hari dia tidak sedarkan diri.  Doktor menyatakan bahawa keadaannya terlalu lemah dan mungkin tidak boleh diselamatkan. Jadi, doctor mengambil keputusan untuk memberhentikan system pernafasannya. Sebelum kematiannya, dia sempat menulis sepucuk surat dan surat itu diberi kepada si lelaki sekiranya dia sudah meninggal.

Beberapa bulan selepas kematian si gadis… si lelaki muncul dan mencari si gadis. Dia cuba menghubungi si gadis namun panggilannya langsung tidak berjawab Dia mula hairan kenapa si gadis tidak mahu menjawab panggilannya. Dia mula berfikir kerana selama ini dia tinggalkan si gadis tanpa penjelasan. Bila si gadis menelefonnya langsung tidak berjawab. Mungkin ini balasannya atas kesalahannya sendiri. Sehingga suatu hari panggilannya telefonnya dijawab oleh seorang lelaki. Dia mula berfikir negative sehingga lelaki itu memarahi beliau. Dia pelik dengan sikap lelaki tersebut kerana tidak semena-mena memarahinya.
Lelaki  a: Tidak puas kew selama ini kau sakiti hati dia?
                 Sampai bila kau harus menyeksa hidupnya?
Lelaki B : Dia diam tanpa jawapan.
Sehingga lelaki a bersuara bahawa si gadis telah meninggalkn kita semua beberpa bulan lepas. Dan dia sempat meninggalkan kau sepucuk surat.
KANDUNGAN SURAT TERSEBUT :
Khas untuk awak…
Mungkin ketika awak membaca surat ini saya dah tiada di dunia ini. Saya sudah memaafkan awak dan saya ingin memohon maaf sekiranya selama ini saya terlalu banyak melakukan kesilapan terhadap awak. Saya terlalu menyayangi awak dan sampai akhir hayat saya, saya akan menyayangi awak. Saya berterima kasih kerana awak telah member peluang pada saya untuk hadir dalam kehidupan awak walaupun sebentar. Saya amat menghargai pergorbanan awak. Dan saya mendoakan awak bahagia di dunia dan akhirat.
Saya akhiri dengan memohon maaf sekali lagi .
Ikhlas dari saya..


No comments:

Post a Comment