Wednesday, May 16, 2012

Siapakah dirimu sebenarnya...


Aku tidak secantik Aisyah tidak seteguh Zulaikha.
Aku tidak mengharapkan kesempurnaan sama ada dari harta yang bertimbun, rupa paras seperti Yusuf tapi biarlah ianya semua sederhana.
Aku harapkan hanyalah agamamu dan akhlakmu.
Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. 
Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ayah kepada anak-anakku nanti.
Siapakah dirimu ?
Yang mana satukah dirimu ?
Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ?
Adakah kau belum hadir dalam hidupku ?
Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ?
Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ?
Hanya Allah yang tahu..
Sudah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Dan telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
 


Nota kaki Cik : Jika kau ditakdirkan untukku kita ....
                        akan bersama walau pelbagai dugaan yang kita hadapi..Jika tidak aku berdoa 
                        kita masing-masing mendapat yang terbaik.Akan aku cuba untuk mempertahankan kau. 
                        Semoga jodoh kita panjang dan dipermudahkan untuk kau menjadi imamku kelak..Amin...


Thursday, April 19, 2012

Biar hati berbicara...

Ketika ini hati sedang menangis
Ketika ini hati sayu merintih meminta pertolongan
Ketika ini hati meminta diberi masa untuk bersendirian
Ketika ini hati meminta untuk dihilangkan segala kekusutan
Ketika ini hati meminta untuk dikuatkan agar mampu berfikir positif
Hati oh hati… rapuhnya…
Bila dua hati berbeza.=(

A: Mengapa kau lukai hatinya…
B: Aku tidak sanggup lukai dia…TAPI…
A: Tapi apa??? Apa kau nak dia buat untuk kau???
B: Aku tidak mampu jadi yang terbaik untuk dia...Aku sengaja sakitkan hatinya...
A: Kenapa kau sakitkan hatinya??? Tidak kasihankah kau padanya???
B: Aku sengaja menyakiti hatinya untuk dia tak merasa bila kehilangan aku kelak…
     Kasihan itu semestinya…aku menyayangi dirinya sepenuh hati…walaupun tiada ucapan
     “ Saya cintakan awak …awak cintakan saya”                              
A: Itu alasan kau sakitkan hatinya???Mustahil…
B: Ya,,benar itu bukan alasan sebenarnya…Alasannya biarlah aku sahaja yang tahu apa yang berlaku...



Nota kaki hati Cik : Yakin dan percaya lah bahawa setiap yang berlaku akan ada kebahagiaanya..Menagislah sepuas hati jika tangisan menhilangkan segala yang berlaku..


Friday, March 23, 2012

Pengakhiran sebuah kehidupan...

Istilah kecewa, menderita, sakit hati dan yang sama makna dengannya… Semua orang kalau boleh tidak mahu perasaan itu menguasai jiwa … Memang mudah untuk orang yang tidak mengalami menyatakan tapi untuk orang yang alami amat sukar untuk semua itu… Untuk melupakan sesuatu yang pernah membina impian dan harapan yang akhirnya musnah di pertengahan jalan kesannya adalah kepada kehidupan…TAPI tidak bermakna semua itu sebuah pengakhiran kehidupan..Bangkitlah dari kekecewaan, kerana akan wujudnya sebuah kebahagian diluar jangkaan dan pemikiran kita…


Gagal dalam percintaan, perkahwinan yang tidak mampu diteruskan,  persahabatan yang tiada lagi penyelesaian.. Ini semua bukan beerti adalah sebuah pengakhiran hidup.. .Mungkin sekali kita tidak pernah terfikir disebalik kegagalan sebenarnya member seribu kebaikan, seribu kehidupan yang jauh lebih bermakna…Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk hambanya..=)
Sila lihat kebaikan yang tersembunyi…
Jangan pernah biarkan manusia buat sesuatu yg sangat sedikit untuk kita..means mungkin kecewa, menyakiti dan sebagainya.. yang membuat semua perkara itu mengawal sewenang2 perasaan, hati dan emosi kita…perlukah???
Satu benda mungkin kita lupa…kita sebenarnya lebih kuat, lebih bijak,l ebih tabah dan lebih segalanya apabila kita pernah melalai banyak benda dalam hidup kita..kita mungkin disakiti, dikhianati, dibihongi, dibenci.. tetapai kita msih hidup bukan???

Kenapa kita masih hidup???
Sebab kita kuat untuk hadapi segalanya kan?
Sebab kita mampu memberi cahaya kepada kehidupan kita bukan?
Sebab kita mampu memcantum kembali hati-hati yang berkecai bukan?

Dan terima kasih untuk orang yang menyakiti kita…
Sebab jika bukan kerana dia kita mungkin tidak kuat…
Dan mungkin kita lalai dengan suruhan dan larangan Allah…
Dan fikirlah sesuatu yang berlaku banyak  kebaikannya dari keburukan…
Dan berhenti untuk memikirkan pengakhiran…
Sedarlah bahawa bukankah di setiap pengakhiran pasti ada satu permulaan yang baru..
Yang lebih baik... Yang boleh membangkitkan semangat dan perkara yang kita lalai…