Friday, June 8, 2012

Setia menanti ...



Senyuman,
Kau jalani hari kau dengan senyuman…Aku bangga dengan kau…Kesedihan tidak pernah kau tunjuk…Air mata kau ibarat mutiara yang sangat berharga untuk kau bukan… Kau tidak akan membazirkan mutiara kau hanya kerana insan yang tidak pernah menghargai kau kan… Tabahnya kau harungi semua ini tanpa mengharapkan sesiapa membantu kau… Kalau aku di tempat kau mungkin aku tidak mampu… Kadangkala  aku ingin menjadi seperti kau…

Kau masih menunggu orang yang tinggalkan kau… Kau berharap dirinya kembali pada kau dalam masa terdekat… Kau masih setia menanti dirinya yang pernah bertakhta di hati kau sebelum ini… Kau langsung tidak pernah untuk memikirkan cari pengganti… Perkataan pengganti selepas dia pergi dalam hidup kau aku tidak pernah langsung dengar… Yang aku dengar kau akan setia menanti dirinya… Mengapa kau tunggu dirinya??? Dia membuang kau dalam hidupnya, dia menyalahkan kau dalam perhubungan yang terputus di tengah jalan… Masih kau setia???

Ya maaf, mungkin aku tidak faham… Mungkin aku tidak mengerti erti kasih sayang… Mungkin aku tidak faham kesetiaan kau… Mungkin sukar untuk orang pernah jadi sebahagian dari hidup kau… Ya, itu tidak dapat dinafikan… Bercakap memang mudah tapi untuk laksanakan sangat susah sehingga terpaksa mengorbankan dan menyakiti hati sendiri… Tapi sampai bila kau akan masih setia terhadap insan yang membuang kau???

Aku bangga kau mampu tersenyum …Hari-hari yang kau sendiri lalui kadang kala kau tidak pasti bahawa kau masih mampu tersenyum… Ketawa seperti orang tidak punya masalah… Malangnya, di sebalik ketawa mesra yang lemparkan mungkin tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat kau luahkan kepada sesiapa…

Nota kaki Cik : Aku berbangga kau setabah dan mampu membiarkan kau dikhianati, tapi aku tidak tega melihat kau diperlakukan sebegitu… Tolong defend diri kau… Aku tidak mampu melihat kau diperlakukan sebegitu… Maaf aku tidak mampu tolong kau apa-apa=(. Aku percaya Allah S.W.T telah aturkan yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Moga kau temui orang yang benar-benar boleh membahagiakan kau… =)




Wednesday, May 16, 2012

Siapakah dirimu sebenarnya...


Aku tidak secantik Aisyah tidak seteguh Zulaikha.
Aku tidak mengharapkan kesempurnaan sama ada dari harta yang bertimbun, rupa paras seperti Yusuf tapi biarlah ianya semua sederhana.
Aku harapkan hanyalah agamamu dan akhlakmu.
Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. 
Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ayah kepada anak-anakku nanti.
Siapakah dirimu ?
Yang mana satukah dirimu ?
Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ?
Adakah kau belum hadir dalam hidupku ?
Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ?
Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ?
Hanya Allah yang tahu..
Sudah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Dan telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
 


Nota kaki Cik : Jika kau ditakdirkan untukku kita ....
                        akan bersama walau pelbagai dugaan yang kita hadapi..Jika tidak aku berdoa 
                        kita masing-masing mendapat yang terbaik.Akan aku cuba untuk mempertahankan kau. 
                        Semoga jodoh kita panjang dan dipermudahkan untuk kau menjadi imamku kelak..Amin...


Thursday, April 19, 2012

Biar hati berbicara...

Ketika ini hati sedang menangis
Ketika ini hati sayu merintih meminta pertolongan
Ketika ini hati meminta diberi masa untuk bersendirian
Ketika ini hati meminta untuk dihilangkan segala kekusutan
Ketika ini hati meminta untuk dikuatkan agar mampu berfikir positif
Hati oh hati… rapuhnya…
Bila dua hati berbeza.=(

A: Mengapa kau lukai hatinya…
B: Aku tidak sanggup lukai dia…TAPI…
A: Tapi apa??? Apa kau nak dia buat untuk kau???
B: Aku tidak mampu jadi yang terbaik untuk dia...Aku sengaja sakitkan hatinya...
A: Kenapa kau sakitkan hatinya??? Tidak kasihankah kau padanya???
B: Aku sengaja menyakiti hatinya untuk dia tak merasa bila kehilangan aku kelak…
     Kasihan itu semestinya…aku menyayangi dirinya sepenuh hati…walaupun tiada ucapan
     “ Saya cintakan awak …awak cintakan saya”                              
A: Itu alasan kau sakitkan hatinya???Mustahil…
B: Ya,,benar itu bukan alasan sebenarnya…Alasannya biarlah aku sahaja yang tahu apa yang berlaku...



Nota kaki hati Cik : Yakin dan percaya lah bahawa setiap yang berlaku akan ada kebahagiaanya..Menagislah sepuas hati jika tangisan menhilangkan segala yang berlaku..